Just Another Woman's Life

Hey there! Thanks for dropping by my tree house! Take a look around and feel free to leave comments. See you around! oh ya, I just renew my template. so, a little bit messy. sorry...

Untuk Yang Ke Sekelian Kalinya...

Untuk yang ke sekelian kainya, blog ini diabaikan... sorry...


update terbaru???

sekarang nie betul2 hidup diatas pagar. tidak boleh melangkah kedepan dan tidak mahu melangkah kebelakang. hanya boleh duduk dan berikhtiar. moga2 tidak ditolak kebelakang tetapi ditarik ke hadapan. inshaAllah.


beza kawan dan keluarga.

kalau nak tahu die tu kawan atau keluarga, senang je.

kalo jumpe die time tuition free week, kite senyum dan gembira, maknanya dia keluarga.
tapi kalo jumpe die kite rase bosan dan mengeluh, die tu cuma kawan je. tak lebih tapi boleh kurang.


dan hari nie, saya dah tahu sape kawan dan sape keluarga. :)

full of emotion.

last week was special. why? because my sis n I planning to give something to our beloved one in PG. who are they? and what did they get?


well, they are...

 


 



then, on Saturday we got E-Fact AGM. all the best to new committee and congratz to old committee for make our year meaningful through all the programs. 

 
credit to nazri kawi
  
then, the next day having fun with the sports day from a-plus. really really enjoy it after a long time didn't play sport. huhuhu. and as usual, GREEN always be the numo uno! yeah! go GREEN go! go MEDSA go! 


other then those fun thing, also got more 'fun' thing. it is EXAM! aaargh! fortunately the mineralogy practical exam is awesome but the structural geology practical exam is @%$#! hu~ lot of us are depressed because this but well, life still goes on. 

now, preparing for three more paper. hope everything will be okay but exam always be KO right? he~ all the best to everyone and for those who already in holiday and counting day to going home, lets reU! miss all of u!!! 

e-fact untuk yang sekian kalinye...

knp saye sayang e-fact? kerana e-fact tak pernah mengecewakan saye... setakat nie, sumer aktiviti e-fact mesti masyuk punyer!!! thanks kepada committee-commitee e-fact yang mantop lg bergaya! syabas!

nie kenapa lak tetibe sayang e-fact plak ni? hahahaha... saje nak citer yang last week aku join program anjuran e-fact. Teen Leadership Camp khas untuk adik2 prefect n PRS dari SK Lutong. Camp yang gempak nie diuruskan oleh Cik Jiha, Encik Jengga dan Encik Afo. Sambil dimeriahkan oleh saya, abang Kameel, akak Nina, abang Andy, akak Dilla, abang Hazrin, abang Joe, akak Temoh,  akak Ira, akak Jaja, abang Syafiq dan abang Shafiq... memang best!










aku dah start rindu dah kat diorang... hu~

kempunan sambal goreng... (ToT)

huhuhu...

saya kempunan telur tembakul sambal goreng...

tapi disebabkan saya ade angah dan ibu yang saaaaangat baek, jadi mereka poskan sekilo setengah sambal goreng untuk saya...


tapi disebabkan pesawat pos laju yang sangat besar tu delaaaaay, sambal goreng saya yang sepatutnya sampai semalam baru sahaja dapat saya ambil petang tadi...


akibatnya...

...

pasca-assignment fever

hye! assalamualaikum! hari nie nak citer sikit pasal penyakit pasca-asaimen aku...

setiap kali lepas hantar assignment jer aku mesti ade satu rutin yang akan aku laksanakan.

1. dengan gagahnye pergi ke CTR order lalapan ayam or pecal ayam sambal lalapan.

2. pastu balik rumah, mandi, pakai baju tidur and zzZZ...

3. agak-agak pukul 10 lebeyh tu, bangun kejap, bukak peti sejuk or gerobok mencari coklat, biskut atau ape2 yang boleh dikunyah sambil surf internet.

4. pukul 1 pagi tidor balik.

5. bangun subuh and tidur balik.

6. alarm akan bunyi entah pkul berapa... aku off alarm and berteleku bawah gebor.

7. bile roomate dah kuar gi kelas, aku bangun mandi and sambung surf internet sambil makan coklat and biskut.

8. roomate balik dari kelas, aku pun sorok bawah gebar sampai esok pagi.

9. roomate keluar gi kelas aku pun keluar dari bawah gebor.

10. roomate balik, aku pun sambung sorok bawah gebor.

bende nie akan berlarutan selama dua hari. perasan tak ape yang aku tinggalkan dalam masa dua hari nie?

dalam dua hari nie la aku tak makan nasik dan tak keluar rumah langsung! apatah lagi pergi kelas yang berbatu-batu jauhnye tu...

tak tahulah kenapa tapi memang asal dah hantar satu assignment jer, aku mesti macam orang putus cinta. makan jajan jer, maen sorok2 bawah gebor and tak bersosial ngan orang. hidup dalam dunia sendiri.

dulu penyakit nie tak kritikal tapi bulan nie dah tahap kronik dah. rasenye macam penyakit malas nak pergi kelas tu datang balik. dulu time kene penyakit nie, satu sem aku buat hal. akibatnye, muke dan badan aku bulat dan aku kene supplementary exam. tebal tak tebal kulit muke aku time tu, tuhan je la yang tahu.

kenapa? mengapa? n bagaiman penyakit ini bleh ade daam diri aku? aku pun tak tahu... hu~

today is not a good day...

my left hand infected by a virus

my nose and throat also infected by a virus

my right foot was not fully recover

and now...


my left foot is injured...

luckily, I can eat with my right hand

I can see quartz under microscope

I can hear my lecturers voice

and

I can smile for those who can see my smile.

alhamdullillah.

cak!!!

assalammualaikum...

assalammualaikum...


assalammualaikum!!! cik kN, oi cik kN!


mane lah minah sorang nie. dah bertaun2 tak nmpak btang idung die. korang de nampak?





Lawak Meja


courtesy by "someone" who sit near me on G3 105

Please Do Not Read


At this juncture, I want you to do me a little favour. Please stop reading any further as I want you to take a little rest for your health's sake.

Do you hear me? I said STOP reading. I repeat... STOP reading... But I see You have not followed my instructions up to this point in time.

Some people can be very stubborn when it comes to following simple instructions. You have already wasted ten seconds of your valuable time. So I am going to repeat: PLEASE STOP READING, WILL YOU? Pardon me for raising my voice. You still want to go on, do you?

Look here! I don't want to be emotional and lose my temper over such a small matter but you are getting on my nerves, you know that? I am going to count up to ten and if you don't stop reading, I am going to blow my top.

Here goes... One... two... three... four... five... six... seven... eight... nine... ten...!!!

Thank you!!! I treasure the preciousness of wasting each other's time together!!! Sorry-lah, I'm very bored. Got nothing better to do!

p/s: no post bout raya coz there's nothing to post and everyone already have post about it.

SK Kampung Angus

Diam tak diam, dah hampir 2 taun aku duduk miri nie... tapi masih belm berjaya bercakap sarawak lg... kalo sikit2 tu bolehla... ye lah, darah jawa johor nie pekat sgt la... hehehe...

last week, aku join program e-fact kat SK Kampung Angus. Best gak lah program nie. Sekolah nie comel jer, overall budak2 die ade 50 orang.. darjah 4 cume ade 2 orang je, tapi diorang nie kecil2 cili padi. sekolah bleh tahan kaya gak. semua kemudahan cukup belaka. cikgu2 die pun sporting gak. tapi yang paling best buat program kat sekolah nie ialah sebab diorang kasik makan banyak!!! hahaha... datang2 jer, kiteorang sarapan. sejam pastu die kasi lagi minum pagi. lunch mestilah ade kan. pastu dah nak balik, die kasi g minum petang. memang balik dalam kekenyangan la kiteorang. aku nak citer banyak2 pasal program nie pun x leh gak, sebab aku x tau sgt. aku datang cume jadi ajk makanan jer, sebab tu mkn banyak. pastu secara tdk langsung menjd photographer tidak bertauliah. hehehe... overall, program nie mmg mantap giler la...

nyum nyum weekend

salam semua!!!

seperti biasa, kalo awal2 sem nie, semua club or komuniti mesti nak wat welcoming party or gathering... dan pada weekend nie, kami ade 3 persatuan yang buat gathering pada 3 hari berturut-turut... itu bermakna makan free la kiteorang tiga hari nie... yeay!!!

  • Potluck Nite by Curtin Geology Club (Friday, 7th August 2009)
Aktiviti tahunan CGC iaitu potluck nie mmg mendpt sambutan ramai... setiap kumpulan atau individu hendaklah menyediakan satu hidangan untuk dikongsi beramai-ramai. disebabkan CGC nie terdiri daripada berbilang bangsa dan negara maka bermacam-macalah jenis makanan yang ada... dari pelbagai jenis mee hinggalah soto... macam-macam jenis masakan ayam, western pun ada, capati pun ade. desert plak macam - macam. fuhh, penat perut aku mnghadamkan setiap jenis makanan tu. oh ye, bella, topex, zul dan ak bawak bubur kacang hijau and bubur jagung resipi koiboi kiteorang. resipi kali nie memang express punyer, start shopping barang pukul 6, pastu pukul 8 dah siap terhidang kat meja makan dah. ingatkan tak laku, sekali balik tengok licin dah bubur jagng kiteorang. rupa-rupanya ramai gak peminat bubur jagung kat curtin nie...

who's the best?

happy for the food!!!

yeah!!! geologist can cook too...

  • Sport's Day & BBQ's Nite by Curtin Islamic Society (Saturday, 8th August 2009)
Hari sabtu pula, CIS buat julung kalinya membuat sports day. antara aktiviti yang diadakan ialah tug of war, volley and futsal. aku tak join mane kumpulan sebab kena bantu kak aishah sediakan makanan untuk peserta (yeay! sebab tak payah main) tapi dalam masa yang same akulah team manager untuk bumblebeez... dan bumblebeez dapat tempat 2nd. (tu kalo aku betul2 train diorg, comfirm 1st palce nye... he~). then, malam pula, kiteorang ade bbq dan sesi taaruf. seperti biasa aku tak join sesi taaruf gak sebab aku nie kan low profile... (padahal malas jer nak menaarufkan diri). malam tu memang ramai gile orang and makanan die memang superb giler. rasanya, ni la event CIS yang paling ramai orang. seronok tengok orang ramai2 macam ni. best!!! tahniah CIS!!! (and tq sebab provide kiteorg ngan ayam tuk seminggu punye makan)

p/s: someone just said that air bandung malam tu sangat sedap!!!

bumblebeez!!!

tug of war

futsal

haze doesn't bother us!

it was fun!!!
  • Party Nite by Curtin Village Management (Sunday, 9th August 2009)
Ini gak event yang julung kali diadakan oleh Curtin Village. memang best sebab kiteorang boleh kenal sesama jiran and sebab dapat makan free gak!!! ade gak game seperti futsal and fn game. aku ngan shahul berduet dalam acara makan-makan and kiteorang dapat second place. malam ni gak banyak cabutan bertuah dan buat pertama kalinya aku bertuah!!! yeay...

who doesn't happy when they can have free food?


lucky enough!

akhirnya, habis sudah weekend dan esok bermulalah weekdays yang akan dipenuhi dengan temujanji dengan lectures ku... huh~ adakah minggu depan dapat makan free lagi? sape tau kat ne bleh makan free, jangan lupe ajak saya ye...

oh ye, just want to share something...

this Hadith was discuss twice for this week. first by Mr. CIS President and second by Mr. Former CIS President.
“Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid”
[riwayat Hakim, Ibn Asakir, ad Dailami dan lain-lain]

I'm Back!!!

Yuhuuu!!!

Saya kembali dengan wajah baru dan semangat baru di dalam semester yang baru ini. tetapi, adakh saya akan menjadi insan yang baru? hmmm... kita tunggu dan lihat ye...

Sesiapa yang mengharapkan kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat, tidak dapat tidak mesti berhijrah setiap masa.

E.X.A.M.



semua geng2 sekolah tengah cuti tapi aku di sini berasmara dana dengan buku. hu~~. tak pe, tunggulah aku 24hb nanti, akan ku gegar bumi johor terutamanya bumi Mersing yang mempunyai beribu kenangan itu.

bagi kawan-kawan Curtin, selamat berjuang sehingga ke saat yang terakhir... selagi ada ruang di otakmu itu, sumbatlah ia dengan ilmu yang berguna.

bagi kawan-kawan yang banyak masa dan tidak tahu nak buat ape, anda dialu-alukan untuk menyertai Pertandingan Entri Terbaik Hari Bapa 2009 yang dianjurkan oleh Sang Pelangi. cuma perlu menulis entri tentang bapamu dan jika sudah tuah ditanganmu insyaAllah akan menang. (teringin untk turut serta tapi apakan daya...)(hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... he~)

apa-apa pun, selamat menjalani hidup sehari-hari dengan senyuman. oh ye, kalau kamu seorang yang tersenyum, itu bukan senyuman namanya. jadi, ajaklah orang lain tersenyum sekali...

Two in a Row!!!

first,


then, followed by diz...


hu~~ tersangat sangatlah happy... input yg paling bermakna dalam hari ini ialah belajar hidup secara berkumpulan and as group, we need to complete each other. macam jigsaw puzzle, tidak semua yang kite ade, orang laen ade dan tak semua yang orang laen ade,kite ade... he~~

terima kasih kepada semua orang yg telah tolong mengcomplete diri kN sehingga jadi macam nie... terima kasih banyak2... jasa korang akan kN kenang slalu walaupun kadang-kadang aku lupe... yela, manusia nie kan pelupa... hahahaha...

terima kasih kepada ibu n ayah yg telah membesar dan melebarkan saya... kawan-kawan xplorace n kawan-kawan bowling terutama sekali kharulhannah... tidak lupa juga kepada sesiapa yg mengenali budak comel ini... terima kasih ini juga ditujukan kepada yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung... dan terultimate sekali terima kasih Allah kerana telah menjadikan ini takdir kN pada hari ini. TERIMA KASIH...

(saya senyum smpai telinga dan mungkin akan tidur dlm senyuman...) :)

Mr. Zeya Oo's Happy Pictures

td time bukak moodle tuk tgk2 kalo ade something yg kene print out tuk esok lecture, aku terjumpe something interesting...

mr. zeya ade post happy pictures tuk kiter semua!!! hahaha... actually, nie picture kiteorg last week time buat experiment. experiment tangki riak... hahaha... diz' is our first time bace instruction experiment in Malay (sbb tangki riak nie made in malaysia) n our last physics experiment for dis' sem. really enjoy those moment...






from my camera...


THE ENDING OF THIS WEEK

ramai org kate citer volcano to out-to-date... he~ so, yg nie, aku kasi yg up-to-date nyer...

isnin-report field trip
selasa-report lab chem n cS presentation
rabu-test chem
khamis-assignment geo 103 submission
jumaat-test chem (again!)
sabtu-geo 101 test

hu~~aku x tau camner kiteorg bleh survive minggu yg giler nie... tp disebabkan kiteorg dah berjaye survive, kiteorg pun menghabiskan weekend kiteorg dgn gembira skali... hahaha...

abis jer geo test, kiteorg sumer serang bintang ramai2... hahaha... smpai kat bintang jer, bleh jumper ramai dak2 geo... lepas tension kot...





esoknye plak, aku, ili n kak ku'in g pusing2 satu miri... besa gak rupenye miri nie smpai kiteorg bleh sesat... hahaha... btw, tuk sape2 yg join sirah explorace nant, gud luck la yer... kitorg td dah usha2 dah checkpoint korg... hu~ aku cume bleh kate "u'll need a lot of luck..." hahaha...